sweet owner Chubby Friend Bigfoots! Credits!
| Sahabat yang baik =)
assalamualaikum
'sahabat yang baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati. '
ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja .
"Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mecarikkan baju kita. "
sahabat yang tamak : ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya memetingkan diri sendiri
sahabat hipokrit : ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang. ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong dan jika ada kesempatan membantu ia menyatakan tidak sanggup
sahabat pengampu : dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran di hadapanmu ia memuji dirimu dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang.
sahabat yang baik tak pernah mengumpat di belakang sahabt baiknya, Sahabat yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan sahabat baiknya. Sebaliknya sahabat yang baiklah paling banyak membantu sahabat baiknya untuk mencapai kejayaan.
Sahabat yang baik adalah orang yang pertama yang akan dicari bila sedih dan gembira, Sahabat yang baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan, Sahabat yang baik tidak pernah memaksa sahabat baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
kita adalah sahabat yang baik jika kita faham bahawa sahabat kita bukanlah seorang yang sempurna, Kita bukanlah sahabat yang baik jika kita tak menghargai sahabat baik kita kerana sahabat yang baik akan sentiasa menghargai sahabat baiknya.
dan kalau kita nak sahabat yang baik, kita mesti lebih baik dahulu menjadi sahabat yang baik kepada sahabat baik kita .
jeles terselah di hati . dah mintak maaf tapi buat lagi, baik tak payah mintak maaf . erghhhh >< |